Sekiranya anda menghadapi masalah dimana anda telah mengubah nilai pada fail config laravel tetapi seolah-olah tiada perubahan yang berlaku. Contohnya anda mengubah config\app.php
atau .env
tetapi selepas anda save, tiada apa-apa yang berlaku.
Penyelesaian 1
Antara penyelesaian yang anda boleh lakukan adalah dengan menjalankan command berikut:
php artisan config:clear
Keadaan ini berlaku kerana Caching configuration oleh framework Laravel untuk membolehkan framework berkerja dengan lebih pantas.
Sekiranya anda ingin cache kan nilai config yang baru sebaik sahaja clearkan config lama, anda boleh gunakan command berikut:
php artisan config:cache
Penyelesaian 2
Cara ini akan meyebabkan kesemua cache dipadam secara menyeluruh. Caranya ialah dengan menggunakan command berikut
php artisan optimize:clear