Untuk memaparkan semua route yang telah di didaftarkan didalam aplikasi laravel, anda hanya perlu menggunakan command berikut.
php artisan route:list
Anda boleh menggunakan terminal (linux) atau command prompt (windows) untuk menjalankan command ini. Pastikan anda berada di path projek laravel ketika menjalankan command ini.
Selepas anda menjalankan command tersebut, anda akan dapat melihat kesemua route yang telah didaftarkan didalam aplikasi anda termasuk nama route, URI, Controller dan juga nama middleware yang digunakan (jika ada)
Anda juga boleh menggunakan option --nama
atau -n
untuk mencari route dengan nama tertentu.
php artisan route:list --name=nama_route
Anda boleh dapatkan lebih banyak info mengenai command route:list
dan option di laman web rasmi laravel.com