Fail blade telah dikemaskini tetapi apabila refresh tiada perubahan yang berlaku walaupon anda telah mencuba untuk clear kan history pada browser.
Penyelesaian 1
Pastikan anda edit fail blade yang betul kerana terdapat kemungkinan nama fail tersebut adalah sama tetapi di lokasi direktori yang berlainan.
Penyelesaian 2
Clear kan cache dimana cache berfungsi untuk melajukan aplikasi. Gunakan command berikut untk clear kan cache:
php artisan view:clear
Fungsi cache adalah supaya memastikan aplikasi berfungsi dengan pantas.
Sekiranya anda ingin cache kan view yang baru sebaik sahaja clearkan view lama, anda boleh gunakan command berikut:
php artisan view:cache
Penyelesaian 3
Cara ini akan meyebabkan kesemua cache dipadam secara menyeluruh. Caranya ialah dengan menggunakan command berikut
php artisan optimize:clear
Penyelesaian 4
Kadangkala jika anda memasang Package baru melaui Composer, mungkin terdapat fungsi yang tidak berjalan. Anda hanya perlu untuk kemaskini PHP autoloader dengan menggunakan command berikut:
composer dump-autoload
Command lain yang fungsinya seakan-akan sama adalah:
composer clear-cache