Plugin adalah “mini software” yang berfungsi untuk mengembangkan fungsi wordpress. WordPress asalnya dibangunkan untuk fungsi blogging tetapi dengan adanya plugin, wordpress boleh berfungsi lebih daripada blogging.
Cara untuk install plugin seperti berikut:
- Login ke admin dashboard menggunakan URL www.websiteanda.com/wp-admin.
- Cari menu Plugin. Jika tiada menu ini, berkemungkinan anda tidak mempunyai akses. Hubungi admin atau web developer yang menguruskan webiste anda.
- Klik butang Add new.
- Taipkan nama plugin anda pada Search box.
- Klik Install now
- Klik Activate
Anda boleh mengaktifkan plugin atau menyahaktifkan plugin pada menu Plugin. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa website anda mempunyai risiko “down” selepas sesuatu plugin itu diaktifkan. Walaupun risikonya kecil, pastikan anda membuat backup database sebelum apa-apa pengemaskinian atau pemasangan plugin/themes webiste dilakukan.